Pemilik kilang punca air tercemar diarah kosong dan pulihkan tanah
Kuala Lumpur: Pemilik kilang yang menjadi punca pencemaran Sungai Gong akan diarah untuk mengosong dan memulihkan semula tanah itu pada kadar segera.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, arahan berkenaan terkandung dalam Notis Perlanggaran Syarat (7A) Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, yang akan diserahkan kepada pemilik premis terbabit Isnin ini.
Menurut beliau, antara lain notis itu mewajibkan pemilik meroboh bangunan atau berdepan tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Berdasarkan pengalaman sebelum ini, ada masa yang sesuai diperlukan untuk mengosongkan tanah.
"Tanah itu milik mereka sendiri, bukan tanah haram atau diceroboh," katanya pada sidang media berhubung isu pencemaran air yang melanda sebahagian besar penduduk Selangor dan Kuala Lumpur, di ibu pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan kompaun sudah dikenakan buat kali pertama oleh kerajaan negeri ke atas kilang terbabit menyebabkan ia ditutup seketika.
"Kita dapati ia kembali beroperasi sejak Jun lalu apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan dan diganti dengan PKP Pemulihan (PKPP)," katanya.
Beliau menarik perhatian, kilang membaiki jentera berat itu dikompaun RM60,000 pada Mac lalu atas kesalahan mencemarkan punca air, iaitu pada kali pertama tindakan diambil ke atas mereka.
"Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada masa itu tidak memiliki bukti yang cukup kuat untuk memaksa premis berkenaan menghentikan operasi.
"Kali ini siasatan yang dilakukan secara manual, termasuk berjalan sejauh 20 kilometer menyusuri aliran sungai untuk menghidu kesan pencemaran berjaya menemui bukti kukuh kesalahan itu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata, bekalan air mula disalurkan kepada pengguna bermula jam 12 tengah hari, mencakupi empat wilayah iaitu Petaling, Sungai Buloh, Bestari Jaya dan Jalan Gasing.
"Kami minta kerjasama orang ramai supaya tidak mengambil tindakan terburu-buru dengan menadah atau menakung air kerana ia akan mengganggu operasi penyaluran semula air kepada penduduk," katanya.
tamat