Lelaki maut tersepit, rakan wanita parah


 Iskandar Puteri: Lelaki maut manakala rakannya parah apabila kereta dipandu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 28.9 Lebuhraya Second Link, di sini, awal pagi, hari ini.

Dalam kejadian 1.18 pagi itu, Muhd Afiq Ahmad, 20, yang memandu kereta Perodua Viva maut di lokasi kejadian.

Sementara, penumpang hadapan kereta berkenaan Nurul Fatin Nazihah Amar, 21, parah.

Komander Operasi, Mohd Khairil Md Azami, berkata, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan BBP Kulai Baharu dengan 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian sebuah kereta Perodua Viva didapati remuk dan berada di bahagian pembahagi jalan di lebuh raya berkenaan.

"Terdapat seorang mangsa di tempat duduk pemandu dalam keadaan parah dan tersepit, manakala seorang lagi di tempat duduk penumpang hadapan juga parah.

"Pihak kami mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan pemandu yang tersepit menggunakan peralatan khas, namun disahkan meninggal dunia oleh Pembantu Pegawai Perubatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Khairil berkata, mangsa yang parah dihantar ke hospital berdekatan