Sama2 nak tamat zaman bujang, Mira Filzah beri ucapan ‘birthday’ buat adik
Pengacara cantik, Mira Filzah sejak kebelakangan ini telah mencuri tumpuan warganet apabila memberi bayangan majlis perkahwinannya akan berlangsung tidak lama lagi selepas satu temu bual berkenaan pendapatnya mengenai malam berinai.
Ucapan birthday buat adik
Namun begitu, muat naik Mira di Instagram pagi tadi agak mengejutkan ramai apabila memberitahu di kapsyen “Last birthday as a miss” tanpa merujuk kepada siapa kenyataan tersebut.
Adik pun nak naik pelamin
Hal ini kerana umum sedia maklum bahawa Mira bakal bergelar isteri tidak lama lagi selepas memaklumkan sudah bertunang dan ada yang menjangkakan kapsyen tersebut merujuk kepadanya.

Walau bagaimanapun, ucapan tersebut adalah merujuk kepada adiknya yang juga dijangka bakal bergelar isteri tidak lama lagi.
Adik kepada Mira yang dikenali sebagai Aina Fadhilah hari ini telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-25 dan kapsyen tersebut merujuk kepada adiknya yang juga bakal menyusul kakaknya yang akan mendirikan rumah tangga.
Dua2 bakal ‘puan’
Berwajah hampir serupa, perkongsian gambar dan ucapan hari lahir Mira buat adiknya itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji kecantikan mereka dan mengucapkan selamat hari lahir buat adik kepada pengacara Nona.